Layan dulu

Tuesday 10 March 2015

PENGENALAN


            Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan majmuk yang terunggul di mata dunia. Disebabkan masyarakat berbilang bangsa, masalah perpaduan dan integrasi merupakan satu masalah besar. Perubahan yang wujud di antara kaum dari segi pemikiran, tingkahlaku telah menimbulkan pertelingkahan atau ketegangan dalam negara. Ini dapat dilihat melalui peristiwa 13 Mei 1969 yang mengugat keselamatan dan keharmonian negara. Selepas tragedi ini, kerajaan sedar bahawa perpaduan tidak dapat dicapai secara semulajadi dan telah mengatur pelbagai langkah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat.Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang berkait rapat dan digunakan bersilih-ganti. Namun demikian, perpaduan dan integrasi merujuk kepada dua proses yang berbeza. Perpaduan negara ialah satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuandan Rukun Negara. Manakala integrasi nasional merupakan satu proses dinamikyang merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam masyarakat bagi membentuksatu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskanPerlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Pada masa kini ramai yang prihatin terhadap perpaduan dan integrasi nasional. Dalam buku ‘Malaysia Kita’ integrasi nasional bermaksud proses penyatupadukan berbagai-bagai kumpulan yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional. Disamping itu, terdapat juga pendapat lain yang mengatakan integrasi nasional sebagai satu bentuk integrasi sosial bersama.

BUNGA KEBANGSAAN MALAYSIA



BUNGA RAYA
Bunga Raya adalah bunga seapatu dan kembang. Bunga Raya adalah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam generasi HIBISCUS yang ditanam untuk sebagai pokok perhiasan.

Bunga Raya adalah Bunga Kebangsaan. Bunga Raya berkait dengan lambang yang Malaysia yang berlakunya selepas kemerdekaan yang diarah kepada Kementerian Pertanian untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dijadikan sebagai Bunga Kebangsaan. Pada tahun 1958, Kementerian Pertanian mencadangkan Tujuh jenis bunga untuk dipilih bertujuan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.Bunga yang dicadang adalah Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunnga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung.Bunga Mawar diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu pada 28 Julai 1960.Pelbagai kultivar, variety dan hibrid telah dihasilkan dengan pelbagai warna bunga dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut dengan kelopak set tunggal dan berganda. Keistimewaan bunga raya digunakan sebagai mengilat kasut di sebahagian India.Selain itu, ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika, bunganya besar, ,merah, keras tetapi tidak berbau.

JATA NEGARA MALAYSIA


Jata diatas adalah lambang Jata Negara Malaysia yang menunjukkan bintang pecah 14 yang menandakan 13 buah tergolong dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan. Bintang bersama anak bulan adalah bermaksud Tanda Agama Islam (agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris sebagai maksud Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu ( Johor, Kedah, Perlis. Kelantan dan Terengganu ).
Pada sebelah kiri perisai adalah Negeri Pulau Pinang dan bahagian kanan dengan pokok Melaka adalah Negeri Melaka.Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah adalah warna warna hitam dan putih ialah warna Pahang. Merah dan Kuning warna Selangor. Hitam putih dan Kuning adalah Perak, Merah, hitam dan kuning adalah Negeri Sembilan.

Pahang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan adalah begeri melayu yang bersekutu. Tiga bahagian dibawah adalah Negeri Sabah pada bahagian sebelah kiri manakala bahagian Kanan adalah Negeri Sarawak. Ditengah itu berwarna merah adalah Bunga Raya yang dikenali sebagai Bunga Kebangsaan. Tujuan harimau disebelah kanan dan kiri bertujuan penumpanh Jata Neger-negeri Melayu yang digunakan Lambang Malaysia dan Keberanian Rakyat Malaysia.

RUKUNEGARA MALAYSIA


Rukun Negara adalah IDEOLOGI kebangsaan Malaysia. Dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara pada setahun selepas berlakunya tragedy 13 Mei 1969 yang musnahkan perpaduan dan ketenteraman Negara.

IKRAR
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

BENDERA MALAYSIA-JALUR GEMILANG


Bendera Malaysia mengandungi 14 Jalur merah dan putih( melintang) yang sama lebar. Sebagai tanda keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah,Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Kerajaan Persekutuan
Jalur merah yang kelima melambangkan Perpaduan Rakyat Malaysia.
Bahagian biru tua yang mempunyai anak bulan, tanda Agama Islam. Bintang pecah 14 tandanya. Perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan dan bintang adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

Dikibarkan pada upacara-upacara rasmi seperti keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong, Ulang Tahun Hari kemerdekaan, perayaan-perayaan Persekutuan dan Negernegeri,lawatan-lawatan rasmi, kedutaan-kedutaan Malaysia luar negeri dan upacara rasmi Negara (Majlis Tilawah dan Sukan Negara).

LAGU NEGARAKU



Tahun 1956 negeri Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Tunku Abdul Rahman adalah Ketua Menteri ( Menteri Dalam Negeri ) pada ketika itu. Beliau mencadangkan diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Terdapat 514 buah lagu diterima dari seluruh dunia namun tidak ada sebuah lagu dapat dikemukan untuk dijadikan sebagai Lagu Kebangsaan.
Jawatankuasa berpendapat untuk memperolehi lagu Kebangsaan Malaysia yang baik dengan mengudangkan beberapa penggubah lagu yang Termasyur dan Ternama. Antara yang dijemput khas adalah Benjamin Britten, Sir William Walton penggubah lagu perbarisan untuk pemahkotaan Raja Elizabeth II pengubah opera Amerika Gian Carlo Menotti Dan Zubir Said. . Meraka semua juga ditolak sebagai penggubahan lagu Kebangsaan Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa  mengenalpasti di antara lagu kebesaran negeri diajdikan sebagai Lagu Kebangsaan. Kesimpulannya. Lagu Kebesaran Negeri Perak dijadikan sebagai lagu kebangsaan Negara.





NEGARAKU
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU
RAKYAT HIDUP
BERSATU DAN MAJU

RAHMAT BAHAGIA
TUHAN KURNIAKAN
RAJA KITA
SELAMAT BERTAKHTA

RAHMAT BAHAGIA
TUHAN KURNIAKAN
 RAJA KITA

SELAMAT BERTAKHTA

LOGO 1 MALAYSIA



·        1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat.  Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
·     ‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi.  Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. 

·         1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi.   Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. 
·      Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
·       Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan  sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia.   Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. 
·         Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik.  Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati  pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
·         1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat.  Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
·         ‘1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’