TUGU Peringatan
Negara yang lebih dikenali sebagai Tugu Negara Malaysia berdiri megah sejak 8
Februari 1966 sebagai simbol penghormatan negara kepada perajurit yang telah
mengorbankan jiwa raga mereka bagi mempertahankan integriti, kedaulatan dan
keamanan negara.Namun kini
hanya tapak seluas 10 meter persegi yang tinggal kerana tiang asalnya telah
dialih ke Kompleks Tugu Negara di kawasan Taman Tasik (berhampiran dengan
bangunan Parlimen).
Menyingkap kembali sejarahnya, Kompleks Tugu Negara
terawal yang ditegakkan oleh pihak Pentadbir British hanya berupa tiang konkrit
yang terletak di Jalan Tugu (berdekatan bulatan Stesyen Keretapi Kuala Lumpur)
bagi memperingati peperangan dan perajurit yang terkorban dalam Perang Dunia
Pertama (1914 hingga 1918) dan Perang Dunia Kedua (1939 hingga 1945) serta
semasa Darurat (1948 hingga 1960).
Dari segi spesifikasinya, Tugu Negara berdiri
setinggi 15 meter dan diperbuat daripada gangsa. Ia direka oleh Felix de
Weldon, seorang pengukir berbangsa Austria. Tugu ini menggambarkan sekumpulan
perajurit di mana setiap rekabentuk patung gangsa tersebut menonjolkan ciri
kepimpinan, keberanian, kekuatan, kesiapsiagaan, kegetiran, semangat setiakawan
dan pengorbanan.
No comments:
Post a Comment