Malaysia sebuah negara yang
mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan majmuk yang terunggul di mata
dunia. Disebabkan masyarakat berbilang bangsa, masalah perpaduan dan integrasi
merupakan satu masalah besar. Perubahan yang wujud di antara kaum dari segi
pemikiran, tingkahlaku telah menimbulkan pertelingkahan atau ketegangan dalam
negara. Ini dapat dilihat melalui peristiwa 13 Mei 1969 yang mengugat
keselamatan dan keharmonian negara. Selepas tragedi ini, kerajaan sedar bahawa
perpaduan tidak dapat dicapai secara semulajadi dan telah mengatur pelbagai
langkah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat.Perpaduan dan integrasi
merupakan dua konsep yang berkait rapat dan digunakan bersilih-ganti. Namun
demikian, perpaduan dan integrasi merujuk kepada dua proses yang berbeza.
Perpaduan negara ialah satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik,
agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan
memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan
Persekutuandan Rukun Negara. Manakala integrasi nasional merupakan satu proses
dinamikyang merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam masyarakat bagi
membentuksatu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri
berteraskanPerlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Pada
masa kini ramai yang prihatin terhadap perpaduan dan integrasi nasional. Dalam
buku ‘Malaysia Kita’ integrasi nasional bermaksud proses penyatupadukan
berbagai-bagai kumpulan yang mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam
satu sistem wilayah bagi mewujudkan identiti nasional. Disamping itu, terdapat
juga pendapat lain yang mengatakan integrasi nasional sebagai satu bentuk
integrasi sosial bersama.
No comments:
Post a Comment