Layan dulu

Tuesday 10 March 2015

KESIMPULAN


Kesimpulannya, Kajian tentang 3identiti Kebangsaan Negara telah memberikan kesedaran kepada saya bahawa bukanlah senang untuk membuat pengkajian. Berkat kecekalan tersebut saya telah dapat mengenali pelbagai identiti Negara yang merupakan sangat penting untuk pengetahuan. Saya juga berasa kagum dengan kegigihan dan menjadikan ia sebagai teladan dan tabah menghadapi cabaran orang terdahulu untuk membangkitkan semangat nasionalisma  Negara Malaysia. Melalui kajian ini, saya berasa bangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh Tunku Abdul Rahman yang banyak berjasa dan saya berharap dengan ini Negara dan Rakyat Malaysia dapat memupuk semangat sebagai warganegara yang berjasa pada masa akan datang.
Walaupun Malaysia sedang menuju ke arah sebuah negara maju dan terdedah kepada globalisasi yang melanda akibat daripada ledakan teknologi maklumat, pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu padu masih diperlukan kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada masyarakat majmuk. Jika penduduk Malaysia masih ditentukan dengan garis perkauman yang tebal di antara mereka bermakna Malaysia terdedah kepada konflik perkauman yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja seperti sebutir bom jangka. Begitu juga dengan ancaman luar yang akan datang tidak kira masa dalam berbagai bentuk sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Negara tidak akan maju kerana masa dan kos yang tinggi digunakan untuk menangani masalah ini. Usaha kerajaan dalam menyusun semula masyarakat melalui dasar-dasar yang dijalankan selepas peristiwa 13 Mei 1969 merupakan langkah baik menuju pembentukan sebuah negara bangsa.



Semangat nasionalisme menjadi pemangkin dan pelengkap kepada usaha kerajaan ini. Setiap warganegara sepatutnya bersedia menggantikan nasionalisme sempit berasaskan perkauman kepada nasionalisme kebangsaan lantas melahirkan pula semangat patriotisme yang tidak berbelah bagi terhadap negara.

Akhir sekali, Generasi hari ini harus menilai kedudukan masyarakat pada masa dahulu dan menjadikannya sebagai iktibar untuk membentuk sebuah negara bangsa. Malaysia baru yang bersatu padu, dihormati dan berdaulat melalui pembelajaran dan penghayatan kursus Kenegaraan Malaysia.

No comments:

Post a Comment