Layan dulu

Tuesday 10 March 2015

JATA NEGARA MALAYSIA


Jata diatas adalah lambang Jata Negara Malaysia yang menunjukkan bintang pecah 14 yang menandakan 13 buah tergolong dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan. Bintang bersama anak bulan adalah bermaksud Tanda Agama Islam (agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris sebagai maksud Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu ( Johor, Kedah, Perlis. Kelantan dan Terengganu ).
Pada sebelah kiri perisai adalah Negeri Pulau Pinang dan bahagian kanan dengan pokok Melaka adalah Negeri Melaka.Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah adalah warna warna hitam dan putih ialah warna Pahang. Merah dan Kuning warna Selangor. Hitam putih dan Kuning adalah Perak, Merah, hitam dan kuning adalah Negeri Sembilan.

Pahang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan adalah begeri melayu yang bersekutu. Tiga bahagian dibawah adalah Negeri Sabah pada bahagian sebelah kiri manakala bahagian Kanan adalah Negeri Sarawak. Ditengah itu berwarna merah adalah Bunga Raya yang dikenali sebagai Bunga Kebangsaan. Tujuan harimau disebelah kanan dan kiri bertujuan penumpanh Jata Neger-negeri Melayu yang digunakan Lambang Malaysia dan Keberanian Rakyat Malaysia.

1 comment:

  1. Info menarik. Saya ada sedikit tambahan info. Harimau dalam jata negara tu di gelar Harimau Malaya. Harimau Malaya ini juga dikenali sebagai Harimau Belang iaitu spesies yang hanya ada di Semenanjung Malaysia. Iaitu Panthera Tigris Malayeins atau Panthera Tigris Jacksoni

    ReplyDelete